Do you want us to help you to create a jingle for you

Check out this new nursery rhyme of kid friendly entertainment.

You’re invited to start mining Bitcoin today. Register Here



iPad apps for 6-8 years old kids : This is my latest iPad project called Oh Mommy - Musical Storybook.


Saturday, April 19, 2008

iStockphoto - Daftar Percuma



Pendaftaran untuk menjadi ahli di laman web istockphoto.com adalah percuma. Langkah-langkah yang anda perlu lakukan sangat mudah. Apa yang anda perlu lakukan ialah dengan menekan butang sign up dan anda akan diminta untuk mengisi nama ahli yang sesuai dan email yang sah. Anda akan diberi surat perjanjian online dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan. Anda perlu attach sekali salinan bercetak nombor kad pengenalan atau lesen kenderaan untuk melayakkan anda menjadi ahli yang sah. Setelah selesai proses pendaftaran, anda layak membeli kredit untuk kegunaan mendownload imej, mendownload imej percuma setiap minggu, melanggan contact sheet dan istock newsletter.

Setelah mendaftar, anda dikehendaki menduduki ujian untuk mendapatkan lesen untuk setiap kategori : fotografi, illustrasi, flash dan video. Ujian yang dijalankan amat mudah iaitu soalan berbentuk benar salah dan anda dibenarkan menjawab soalan-soalan tersebut sehingga lulus. Setiap soalan adalah sama dan nota-nota manual disediakan.


Di istockphoto, anda boleh mengemaskini biodata, menulis blog, melihat statistik bulanan dan mingguan setiap fotografi, illustrasi, flash dan video, membuat referral untuk mengajak kawan anda menyertai istockphoto(sekiranya anda berjaya mengajak seorang kawan menyertai istockphoto, anda akan mendapat 10 USD), melihat rangkaian anda dan melihat status kewangan anda. Status kewangan memberi rumusan tentang jumlah kredit, baki akaun, dan jumlah pendapatan. Semua belian dan pendapatan disediakan resit untuk rekod anda. Setiap kali pengguna membeli hasil karya anda, anda akan mendapat pendapatan, iaitu royalti dan pendapatan tersebut boleh ditukar dengan sejumlah kredit yang dikehendaki untuk membeli hasil karya anda, sama ada berbentuk fotografi, illustrasi, flash dan video.

Layari iStockphoto sekarang!

No comments:

Singing Book for Kids

Singing Book for Kids
ipad apps for kids

My Artwork for SALE!