Do you want us to help you to create a jingle for you

Check out this new nursery rhyme of kid friendly entertainment.

You’re invited to start mining Bitcoin today. Register Here



iPad apps for 6-8 years old kids : This is my latest iPad project called Oh Mommy - Musical Storybook.


Sunday, May 25, 2008

4 Tips Persiapan Memulakan Perniagaan

Berikut adalah 4 tips persiapan anda sekiranya anda
kini bekerja makan gaji dan merancang untuk memulakan perniagaan
yang berkaitan.


1: Lakukan penyelidikan
=======================
Sementara mengumpul ilmu dan pengalaman ketika kerja, pelajari
mengenai industri anda. Rujuk dan lakukan penyelidikan tentang
industri anda dengan membaca majalah yang berkaitan, melungsuri
Internet dan juga membaca buku-buku yang berkaitan dengan industri
anda.

Ilmu yang anda kumpulkan bukan sahaja akan memantapkan anda di
tempat kerja, ia juga akan banyak membantu apabila anda memulakan
perniagaan kelak. Sering kali terjadi, apabila ilmu anda bertambah
dan pengalaman bertambah, ia menyebabkan gaji anda juga bertambah
ketika kerja makan gaji!

Selidik bidang yang anda ingin ceburi sebelum anda membelanjakan
apa-apa modal untuk memulakan perniagaan tersebut. Penyelidikan
pada masa masih bekerja adalah amat penting supaya ia menyediakan
kita sebelum melangkah ke dunia perniagaan yang tidak memberi
pulangan yang tetap!

2: Prinsip 10/90
================
Ianya dikatakan, sekiranya anda mengambil masa 10% untuk menyelidik
dan mendalami perniagaan yang bakal anda lakukan, anda akan
menjimat 90% masa dan wang yang mungkin anda kehilangan ketika
memulakan perniagaan!

Saya pernah bertanyakan kepada jutawan Azizi Ali, pernahkah beliau
melakukan kesilapan dalam perniagaan? Jawabnya pernah! pada awal
penglibatannya dalam perniagaan, beliau memulakan kedai muzik oleh
kerana minatnya dalam muzik.

Tetapi, perniagaan tersebut gagal! oleh kerana, beliau tida
melakukan "homework" dalam bidang "perniagaan berbentuk muzik"

Tidak semestinya sekiranya anda mempunyai kepakaran atau minat
dalam sesuatu bidang, ia adalah resepi kejayaan perniagaan
tersebut. Ia hanyalah satu permulaan oleh kerana anda masih perlu
mempelajari selok belok sesuatu perniagaan itu.

Luangkan 10% daripada masa anda untuk lakukan "homework" supaya
anda dapat menjimat 90% masa dan modal perniagaan anda!

3: Cari masalah dan selesaikannya
==============================
Ketika bekerja makan gaji, mungkin anda ketemui beberapa masalah
daripada pelanggan yang tidak dapat dipenuhi tempat kerja anda.
Sering ingat apabila ingin memulakan perniagaan bahawa, "perniagaan
adalah penyelesaian kepada masalah"

Pengalaman yang anda ceburi akan mendedahkan anda kepada berbagai
masalah. Masalah tersebutlah yang akan menjadi satu peluang
perniagaan untuk anda.

Contohnya, sekiranya anda seorang guru sekolah, mungkin anda
terjumpa masalah bahawa sesetengah pelajar memerlukan cara
pendekatan mengajar yang lebih unik. Anda boleh mencipta cara
pendekatan mengajar tersebut dan mulakan kelas bimbingan untuk
pelajar-pelajar yang memerlukannya.

4: Bootstrap
============
Kaedah memulakan perniagaan kegemaran saya adalah bootstrap- iaitu,
memulakan perniagaan kecil menggunakan wang sendiri, kemudian,
perbesarkan perniagaan tersebut dengan keuntungan yang diperolehi.
Anda memerlukan modal untuk memulakan perniagaan. Kerja makan gaji
anda kini merupakan satu platform untuk mengumpul modal.

Apabila cukup wang, anda boleh memulakan perniagaan kecil-kecilan
dahulu. Ini akan memberi pengalaman kepada anda sedikit demi
sedikit dalam mengembangkan perniagaan.

Mulai sekarang, lakukan simpanan khas untuk dana memulakan
perniagaan anda. Wang ini adalah bertujuan khusus untuk memulakan
perniagaan, dan bukan untuk simpanan peribadi. Anda perlu sentiasa
berhati-hati dan mengumpul seberapa banyak ilmu perniagaan yang
boleh oleh kerana, tanpa ilmu perniagaan yang betul, bukan sahaja
wang simpanan anda dari makan gaji akan rugi, tetapi juga masa yang
anda telah luangkan ketika makan gaji untuk mengumpulkan wang
tersebut juga akan rugi!

Hanya satu sahaja cara untuk mencapai kejayaan- iaitu mencuba. 9/10
rezeki datangnya dari perniagaan, sekiranya anda bersedia dalam
semua aspek, maka, apa kata anda cuba melibatkan diri anda dalam
perniagaan.

Oleh Irfan Khairi

No comments:

Singing Book for Kids

Singing Book for Kids
ipad apps for kids

My Artwork for SALE!