Do you want us to help you to create a jingle for you

Check out this new nursery rhyme of kid friendly entertainment.

You’re invited to start mining Bitcoin today. Register Here



iPad apps for 6-8 years old kids : This is my latest iPad project called Oh Mommy - Musical Storybook.


Saturday, May 24, 2008

iStockphoto wujudkan kategori Audio

iStockphoto telah membuka satu lagi kategori iaitu audio dan ia telah dinamakan iStockAudio. Kepada pakar audio di luar sana, ayuh hantar loop atau audio composition anda. Dan tunggulah royalti anda beranak. Sound designer di luar sana mesti berminat mendengar berita baru ini.

Tak sabar saya nak mereka audio loop menggunakan Fruity Loops. Bayangkan loop serendah USD1 atau RM3.2+/- dibeli oleh seratus orang dalam sehari?

Saya telah menjadi ahli eklusif iStockphoto sejak 2003, masa itu saya masih di universiti tahun pertama. Saya telah menjana royalti menerusi iStockphoto dan kategori yang saya sertai ialah foto, illustrasi, flash dan video. Saya amat berminat dengan video kerana royalti video sangat tinggi. Video HD1080 sahaja bernilai USD50 atau RM160+/- untuk satu fail. Saiz PAL/NTSC pula bernilai USD30 atau RM96+/-. Sila lihat contoh video saya yang telah diluluskan oleh iStockphoto di sini. Video tidak semestinya tertakluk kepada video yang mesti dishoot menggunakan kamera DV atau HD. Ia boleh berbentuk video motion graphic atau klip animasi latar belakang. (motion background) Duration untuk video ialah dalam lingkungan 5-30 saat.

iStockphoto boleh dijadikan sumber pendapatan pasif dan ia berlaku ke atas diri saya selama 4 tahun menjadi ahli eklusif. Sekiranya royalti anda mencecah USD100, anda boleh menuntut royati tersebut menggunakan cek atau paypal. Biasanya saya menggunakan akaun paypal dan ia terus dikreditkan ke dalam kad debit saya. Anda boleh pergi ke ATM untuk mengeluarkan duit. Mudah bukan? Saya nasihatkan anda jika anda pengguna Public Bank, pergi ke ATM Public Bank, jika tidak service charge dikenakan dan chargenya amat tinggi. Sekiranya saya dalam keadaan terdesak saya menggunakan pendapatan pasif saya ini tetapi akaun anda mestilah sekurang-kurangnya USD100 bersamaan dengan RM320+/-

Perhatian!
iStockphoto bukan sumber nak jadi kaya cepat, ia merupakan platform/sumber kita untuk berkarya secara kreatif. Konsep ini samalah seperti seorang penyanyi mendapatkan royaltinya menerusi penjualan album. Semakin banyak album anda dijual maka semakin beranaklah royalti anda. Samalah seperti penulis buku.

Layari iStockphoto saya di sini.

No comments:

Singing Book for Kids

Singing Book for Kids
ipad apps for kids

My Artwork for SALE!