Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Skim Usahawan Siswazah (SUS)
Pengenalan
Skim Usahawan Siswazah (SUS) adalah program anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank). Program ini merangkumi dua komponen iaitu Latihan Asas Keusahawanan (kursus) dan Tabung Usahawan Siswazah (pembiayaan).
Kumpulan Sasar
Terbuka kepada sekurang-kurangnya pemegang Diploma daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta dalam dan luar negeri yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan pelajar di tahun akhir yang telah tamat pengajian tidak melebihi 15 tahun serta berumur tidak melebihi 40 tahun.
Objektif Kursus:
i. Meningkatkan bilangan siswazah dalam bidang keusahawanan yang akan menyumbang ke arah matlamat pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB);
ii. Memberi latihan penyediaan rancangan perniagaan, pengurusan pemasaran dan kewangan, mengenalpasti peluang perniagaan dan kemudahan pembiayaan; dan
iii. Melayakkan peserta memohon pembiayaan Tabung Usahawan Siswazah (TUS).
Latihan Asas Keusahawanan (Kursus)
Latihan ini diadakan sebagai satu langkah untuk menggalakkan dan meningkatkan penglibatan siswazah dalam bidang perniagaan sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berpendidikan tinggi.
Tempoh
5 hari (sepenuh masa : 8.30 pagi – 10.30 malam)
Kandungan
Modul 1: Keusahawanan dan Motivasi Keusahawanan;
Modul 2: Pengurusan Perniagaan;
Modul 3: Peluang Perniagaan;
Modul 4: Rancangan Perniagaan;
Modul 5: Pengurusan Kewangan; dan
Modul 6: Taklimat Pembiayaan.
Jadual Kursus